
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Asian Supply Base (ASB) Sdn. Bhd. sentiasa bertekad untuk aktif dalam memperbaiki taraf hidup masyarakat.

Suhaili (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang hadir.
Menurut pengerusinya, Datuk Suhaili Abd Rahman Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) adalah salah satu elemen terpenting dalam melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada komuniti tempatan.
“Tahun ini ASB sudah bertapak selama 41 tahun dan kami bukan sahaja ingin menjadi sebuah syarikat yang unggul dan menyediakan peluang kerjaya kepada warga Labuan, tetapi juga dalam menyumbang kepada peningkatan ekonomi penduduk di Labuan secara keseluruhannya,” katanya semasa Majlis Iftar ASB 2025, di sini kelmarin.
Tambahnya, ASB telah berjaya mendapatkan projek baharu bagi kerja-kerja topside maintenance pada penghujung tahun lalu.

Warga Labuan tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan Suhaili.
“ASB menerima LOA (Surat Perjanjian) daripada SEA Hibiscus & Hibiscus Oil & Gas Malaysia Limited pada November 2024 dan kerja pertama telah berjaya dilaksanakan pada 2 Januari 2025 dan diharap ASB akan lebih maju serta cemerlang untuk tahun-tahun hadapan ,” jelasnya.
Pada majlis itu, ASB turut menyampaikan sumbangan kepada 130 penerima terdiri daripada golongan asnaf.
-ZS-