Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Timbunan Sampah Membanjiri Pantai Mersing

By 27 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahairi Ahmad Zabidi/Mohd Hanif Ahmad (Mersing)

MERSING, 27 Mac (MalaysiaAktif) – Fenomena air pasang besar yang melanda daerah Mersing sejak dua bulan lepas menyebabkan lebih 150 tan timbunan sisa sampah terdampar di pantai daerah ini.

Sisa sampah yang hanyut ke pesisiran pantai di Mersing bertambah buruk sejak fenomena air pasang besar yang melanda daerah Mersing sejak dua bulan lepas

Keadaan tersebut bertambah buruk terutamanya ketika musim tengkujuh di kawasan pantai sepanjang satu kilometer berhampiran Bandar Mersing.

Sampah yang hanyut ini kebanyakkannya bukan berasal dari negara Malaysia berdasarkan label yang tertera

Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing Mohd Norman Noh, berkata pada tahun ini jumlah sisa sampah yang dikutip dalam masa 3 hari sahaja melebihi jumlah tahun lepas iaitu sebanyak 136 tan.

“Kira-kira 20 kali perjalanan lori diperlukan bagi mengangkut sisa berkenaan yang terdiri dari timbunan sampah dan sisa hanyut dipercayai bahan buangan kapal di perairan,” katanya.

Tambah Mohd Norman Noh, pencemaran sisa organik dan barangan itu dipercayai berlaku sejak bulan lalu selepas ia dihanyutkan ombak besar ke pantai ini.

“Susulan itu pihak Majlis Daerah Mersing telah melakukan kerja-kerja pembersihan pantai yang dimulakan sejak minggu lepas dengan menggunakan jengkaut sebelum sisa diangkut menggunakan lori untuk dilupuskan di pusat pelupusan sampah,“ ujarnya.

Majlis Daerah Mersing juga mengingatkan orang-ramai agar berwaspada dan menjaga keselamatan diri ketika melakukan sebaranh aktiviti di kawasan timbunan sampah di pesisir pantai susulan risiko ombak kuat dan cuaca tidak menentu.

-AA-

Tinggalkan komen anda