Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Ikan Panjut Atau Lansi Jadi Tarikan Di Tamu Pekan Kanowit

By 27 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Rinta Engkamat/Nicholas Anak Jenaka (Sarawak)

KANOWIT, 27 Mac (MalaysiaAktif) – ā€˜Ikan Panjut’ atau ā€˜Ikan Lansi’ merupakan spesies ikan sungai yang sering didapati serta banyak dijual dan menjadi tarikan pengunjung di Tamu Pekan Kanowit.

Tonny salah seorang penggemar ikan Panjut.

Ikan ini juga menyerupai ā€˜Ikan Enseluai’ tetapi saiznya adalah lebih besar.

Menurut salah seoran penggemar ikan tersebut, Tonny Chapie, 39,Ā  berkata ikan timbul setelah banjir besar melanda Kanowit baru-baru ini.

ā€œKaedah menangkap ikan ini adalah menggunakan pukat ataupun bubu dan ikan ini boleh disajikan dengan pelbagai cara seperti goreng, pansuh, pais dan disalai,ā€ katanya semalam.

Ikan panjut atau Lansi yang dijual di tamu berharga RM10.

Justeru itu, ikan tersebut sering menjadi tumpuan pengunjung yang datang membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya ke Tamu Pekan Kanowit dan dijual dengan harga yang berpatutan iaitu RM10 setompok.

Tinggalkan komen anda