Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Sentiasa Waspada Dengan Pencuri Data Peribadi

By 29 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 29 Mac (MalaysiaAktif) – Pada era zaman IT dan digital kini, Komuniti MADANI Kampung Skiat Baru disaran dan diingatkan supaya mengambil sikap sentiasa berwaspada dengan pencuri data peribadi yang semakin licik melakukan penipuan dengan pelbagai kaedah.

Barin berucap dalam Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai di balai raya Kampung Skiat Baru kemarin.

Ketua Komuniti MADANI kampung Skiat Baru, Barin Niyat, 53 tahun berkata selain AIFA Chatbot, Komuniti MADANI boleh menyemak dan melaporkan sesuatu berita yang meragui di Sebenarnya.my.

“Gunakan AIFA Chatbot dan Sebenarnya.my dalam urusan harian kita, tak pasti jangan kongsi,” katanya kemarin yang turut dihadiri oleh Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman.

Denis mengalu-alukan kedatangan Komuniti MADANI Kampung Skiat Baru bagi memeriahkan program berkenaan.

Selain sesi soal jawab, terdapat pelbagai pengisian menarik telah berlangsung dan menjadi tumpuan peserta program seperti ceramah dari JAPEN Daerah Bau dan Komuniti MADANI Kampung Skiat Baru, sembang santai dan edaran bahan penerbitan JAPEN.

-RJ-

Tinggalkan komen anda