
Oleh M.Zakry Chan
MELAKA, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Sinar Ramadan terus bercahaya dengan penganjuran Majlis Berbuka Puasa Persatuan Seni Budaya Irama Melayu Melaka (PeSBIMM) bersama warga Pondok Darul Mutaqqin Paya Rumput JUmaat lepas.
Menurut Setiausaha PeSBIMM Chan Chin Ho 36, yang juga turut serta dalam majlis ini berkata majlis seperti ini pasti dapat mengeratkan silaturrahim lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
“Walaupun berbangsa Cina, saya turut meraikan bulan Ramadan kerana budaya kehidupan masyarakat 1Malaysia memberi kita banyak kefahaman dalam mengenal antara satu sama lain,”ujarnya.
Tambahnya, Hormat menghormati amat penting dalam kehidupan bermasyarakat dan ini adalah tiang perpaduan dalam negara.
Majlis berbuka puasa ini diserikan dengan kehadiran Pengerusi PeSBIMM, Sidang Mohd Sharif bin Sher Mohd. Seramai 100 pelajar serta tenaga pengajar Pondok Darul Mutaqqin diraikan dalam majlis tersebut.
Majlis bermula pada pukul 6.00 petang dengan bacaan surah yassin oleh pelajar-pelajar Pondok Darul Mutaqqin diikuti solat Mahgrid dan Isyak berjemaah, solat Terawih, Tahlil dan majlis bersurai kira-kira 10.00 malam.