Skip to main content
Berita TempatanSabah

Cuai, 100 Rumah Terbakar

By 27 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Zuraidah Ahmad & Abdul Sani Ariff Lokman (Sabah)

KOTA KINABALU, 27 Jun (Malaysiaktif) – Kecuaian ketika memasak dikesan sebagai punca insiden kebakaran yang memusnahkan 100 buah rumah setinggan di Kampung Tanjung Kapur Kudat, awal pagi Sabtu lalu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kebakaran itu merebak dengan cepat ekoran struktur rumah yang rapat antara satu sama lain.

Kebakaran yang melibatkan 1,200 mangsa pada 1.40 pagi itu bagaimanapun dilaporkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

IMG-20160625-WA0018 (1)

Rahman turut menyaran agar penduduk setempat menyimpan alat pemadam api mudah alih di rumah masing-masing bagi menangani kebakaran di peringkat awal.

“Saya merayu kepada rakyat yang membuat persiapan Aidilfitri ini agar lebih berhati-hati terhadap memasak, litar pintas dan sebagainya supaya kita dapat merayakan Hari Raya dengan gembira berbanding kehilangan harta benda dan nyawa sanak-saudara,” ujarnya.

Tambahnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga sentiasa bersedia dan mempergiat aktiviti penerangan kepada masyarakat menerusi Bomba Komuniti, Bomba Sukarela dan bomba bantuan.

Rahman ditemui media di Majlis Ramah Mesra dan Majlis Penyerahan Kuih Raya, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sepanggar, pada Ahad.

 

-AH

Tinggalkan komen anda