Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Pengantin Baharu Terima Bantuan Perkahwinan Belia Negeri Sembilan

By 2 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi/Muzaffar

GEMENCHEH, 10 Apr (MalaysiaAktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Suhaimizan Bizar hari ini telah menyampaikan inisiatif Bantuan Perkahwinan Belia sebanyak RM500 seorang daripada kerajaan Negeri Sembilan kepada pasangan pengantin baharu Nuramalina Zahari dan Mohd Amirrul Afiq Mohd Nor, 32.

Nuramalina (baju hitam) mengisi borang penerimaan bantuan.

Suhamizan ketika ditemui, berkata kriteria kelayakan untuk bantuan ini ialah berumur 18 hingga 35 tahun,

“Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pendaftaran perkhidmatan, pemohon merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,000.

“Bagi warga Negeri Sembilan dan layak mereka boleh membuat pendaftaran secara dalam talian di laman sesawang https://www.n9.digital/,” katanya.

Suhaimizan berbual dan berkenalan dengan pasangan pengantin baharu.

Mohd Amirrul menyatakan terima kasih kepada kerajaan negeri yang membantu pasangan yang baharu berkahwin meringankan beban mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda