Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Negeri Pahang Jalin Semangat Ukhwah

By 6 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 12 Apr (MalaysiaAktif) – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Negeri Pahang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung dalam suasana penuh harmoni dengan kunjungan pelbagai kaum di Pantai Batu Hitam, di sini malam tadi. Anwar turut bersalaman dengan rakyat yang hadir.

Pahang merupakan negeri kedua penganjuran majlis sambutan ini selepas Melaka dengan anggaran lebih 10,000 pengunjung hadir memeriahkan malam penuh cahaya dan senyuman.

Pelbagai juadah tradisi dihidangkan seperti nasi minyak, laksa, lemang, sate, nasi impit, ayam dan kambing golek.

Selain itu, persembahan artis terkenal tanah air iaitu M. Nasir, Mawi, Hael Husaini, Nadeera Zaini dan Daiyan Trisha telah menambahkan kehangatan suasana.

Dalam ucapannya Anwar telah mengumumkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsan (MPUPK).

Slah seorang pengunjung yang hadir Nor Aini Syafikah Sidik, 35, dan suaminya Muhamad Ashraf Zulkifli, 39, dari Taman Permatang Badak, berkata walaupun terpaksa menghadapi kesesakan jalan raya untuk ke majlis ini mereka sanggup datang kerana ingin merasai majlis sambutan hari raya yang dianggap paling besar dan meriah yang diadakan di Kuantan.

“Majlis ini amat bagus diadakan untuk mengeratkan perpaduan dan semangat ukhuwah rakyat di negeri ini,” kata Nor Aini.

Nor Aini Syafikah Sidik dan suaminya Muhamad Ashraf Zulkifli ketika ditemui semalam.

Manakala Ahmad Afiq Arshad, 35, dari
Indera Mahkota pula berkata dia bersama keluarga menaiki kenderaan perkhidmatan e-hailing bagi mengelakkan kesukaran mencari tempat meletak kereta.

“Saya amat teruja ke sini kerana pertama kali datang ke majlis rumah terbuka seperti ini dan rasa seronok serta teruja dapat jumpa org ramai dan melihat Perdana Menteri dengan lebih dekat,” katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Besar Pahang Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda