Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

RM6.13 Juta untuk 33 Projek Insfrastruktur Awam di Tapah

By 12 April 20254 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lina Shukri (Perak)/KPKT

TAPAH, 12 Apr (MalaysiaAktif) – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM6.13 juta bagi pelaksanaan 33 projek pembangunan infrastruktur awam kepada penduduk di daerah ini.

Nga membuat tinjauan ke Projek Naik Taraf Gerai di Pasar Awam Tapah Road.

Menurut Menteri KPKT Nga Kor Ming, peruntukan ini merupakan tertinggi dalam sejarah yang pernah diterima oleh Majlis Daerah Tapah (MDT).

“Projek ini merangkumi kerja-kerja menaik taraf tandas awam, medan selera, pemasangan lampu jenis diod pemancar cahaya (LED) dan Taman Rekreasi MADANI,” katanya pada program Sentuhan Kasih 3.0 KPKT, di sini kelmarin.

Jelas Nga, peruntukan tersebut meliputi 16 projek di bawah seliaan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dan 10 projek di bawah seliaan Bahagian Kampung Baru Cina (BKBC).

Selain itu, sebanyak dua projek di bawah seliaan Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Bahagian Kesejahteraan Komuniti (BSK) manakala tiga projek lagi di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara (JPN).

Nga turut meninjau Projek Baik Pulih Rumah (PBPR) di Kampung Mak Teh dan berkesempatan menyantuni penduduk kampung.

“???? komited untuk pastikan bahawa setiap sen yang dibelanjakan adalah dengan pertimbangan Return on Investment (ROI) dan Cost Benefit Analysis (CBA) demi kesejahteraan rakyat tanpa pembaziran atau ketirisan.

“Ini bagi memastikan bahawa setiap projek tidak hanya memberi manfaat kepada komuniti tetapi juga berdaya maju dari segi ekonomi,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda