Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Asas Penerangan Latih Komuniti Teknik Hasilkan Video

By 7 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi

TAPAH, 12 Apr (MalaysiaAktif) – Program Mini Asas Penerangan di daerah Batang Padang di sini telah melatih penduduk setempat yang merupakan Ahli Jawatankuasa Komuniti MADANI untuk memahami teknik-teknik penghasilan video di media sosial.

Sesi perbincangan antara Menteri Komunikasi dan Komuniti MADANI Batang Padang.

Menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, program ini juga telah membuka ruang kepada beliau untuk mendapatkan maklumat isu setempat bagi penambahbaikkan khususnya yang melibatkan Kementerian Komuniksi seperti capaian Internet.

“Kita ada 1,878 Komuniti MADANI seluruh negara dan program ini telah dilaksanakan di dua lokasi iaitu di Kuala Lumpur dan Selangor. Kali ini adalah poket program yang melibatkan tiga komuniti.

“Walau bagaimanapun, saya melihat, sama adadalam skala besar atau kecil sebegini, kedua-dua bentuk program ini memainkan peranan, dan saya akan minta supaya diperbanyak,” ujarnya ketika ditemui kelmarin.

Sesi latihan Asas Penerangan kepada peserta yang merupakan ahli jawatankuasa Komuniti MADANI Daerah Batang Padang.

“Saya juga telah meminta Komuniti MADANI berkerjasama dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk mereka manfaatkan ruang peluang di NADI bagi tujuan latihan termasuk Program Asas.

Turur hadir Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Julina Johan dan Pengarah Penerangan Negeri Perak Yosri Abu Mahsin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda