
Laporan/Foto: Senie Endin (Sarawak)
SPAOH, 14 Apr (MalaysiaAktif) – Seramai 2000 orang telah hadir memeriahkan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Spaoh 2025 di Dewan Serbaguna Spaoh anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban dan Ranting Gabungan Parti Sarawak (GPS) iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dengan Kerjasama Pejabat Daerah Kecil Spaoh semalam.

Douglas Uggah semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 di Dewan serba guna Spaoh semalam.
Semasa majlis tersebut, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata beliau berharap komuniti di Spaoh terus mengekalkan semangat perpaduan di antara kaum.
“Perpaduan kaum dan semangat bersatu-padu adalah tunggak atau tulang belakang sesebuah negeri atau negara untuk maju kehadapan,” katanya semalam.
Tambahnya, rakyat akan terus dibantu dengan pelbagai projek infrastruktur asas yang memberi kesenangan kepada rakyat selain pembangunan lain seperti Projek Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bebuling yang dijangka siap dalam tahun ini, kelulusan pembinaan Bangunan Dewan Baharu Spaoh dan Pasar malam Spaoh serta 10 unit pasar baharu.
-RJ-