Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program JIWA Komuniti MADANI Dan Media Erat Perpaduan

By 18 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 14 Apr (MalaysiaAktif) – Program JIWA Komuniti MADANI Dan Media Bersama Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof berlangsung meriah semalam dengan dihadiri lebih kurang 500 orang yang terdiri daripada ahli Komuniti MADANI dalam kawasan Parlimen Petra Jaya, media dan masyarakat setempat.

Antara pengisian program tersebut ialah pertandingan menganyam ketupat di kalangan ahli komuniti, media dan masyarakat setempat.

Program tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin dan rakyat melalui sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Menurut Ketua Komuniti Madani Kampung Tunku, Saifuddin Senawi, 65, penganjuran Program JIWA Komuniti MADANI Dan Media Bersama Timbalan Perdana Menteri dan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri ini bertepatan dengan hasrat kerajaan MADANI untuk menyatupadukan setiap lapisan masyarakat tidak hanya di Sarawak tetapi juga di seluruh Malaysia.

Katanya, penganjuran program seumpama ini seharusnya diadakan setiap tahun kerana ia merupakan platform yang boleh menyatupadukan setiap lapisan masyarakat berbilang kaum serta memperkenalkan cara hidup masyarakat setempat menyambut perayaan.

Tambahnya, program tersebut juga adalah platform terbaik untuk memberitahu rakyat tentang apa jua kemajuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Sementara itu, ahli Komuniti Madani Kampung Kolong 2, Rawdah Samat, 54, berkata beliau berasa gembira dan teruja kerana ini merupakan kali ketiga diberi peluang menyertai program JIWA Komuniti MADANI dan juga Majlis Ramah Tamah Aidilfitri.

Rawdah (kanan) dan Bibi di gerai Kampung Kolong 2 yang menyediakan kudapan keluaran mereka seperti rempeyek, kerepek pisang dan kerepek ubi .

“Penganjuran program dapat mengeratkan perpaduan antara semua kaum di samping mereka yang hadir juga dapat merasa pelbagai jenis makanan yang disediakan di gerai-gerai makanan,” katanya semalam.

Tambahnya, program tersebut turut memberi ruang dan peluang mempromosikan barangan keluaran mereka kepada masyarakat setempat sehingga berjaya mendapat tempahan justeru membantu menambah pendapatan kepada ahli-ahli yang turut terdiri daripada suri rumahtangga dan ibu-ibu tunggal.

Pelaksanaan program yang diadakan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin dan rakyat di samping meningkatkan kerjasama melalui jalinan komunikasi yang berkesan di antara komuniti, rakan media dan rakan strategik dalam menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda