Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Lorong 22 Kampung Sepadah Bawa Banyak Manfaat Untuk Penduduk Setempat

By 16 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman / Jackson Abell ( Sarawak)

BAU, 15 Apr (MalaysiaAktif) – Majlis Perasmian Projek Penyambungan Paip Air Terawat Jalan Sungai Topah, Kampung Stenggang dan Lorong 22 Kampung Sepadah Daerah Bau yang berlangsung di sini hari ini dilihat bakal memberi banyak manfaat untuk komuniti setempat.

Billy mendengar taklimat projek berkenaan yang disampaikan oleh pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak di Kampung Sepadah, di sini, pagi ini.

Ketua Kampung Sepadah, Anthony Jirang Noyem, 63, berkata beliau berterima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan projek tersebut.

“Penantian untuk mendapat kemudahan air terawat kini tercapai dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan projek air terawat ini di kampung kami,” katanya semasa majlis perasmian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang.

Sementara itu, Ketua Kampung Stenggang, Gary Nosen, 51, pula menyifatkan projek tersebut adalah amat penting kepada penduduk Kampung Stenggang dan Kampung Sepadah kerana ia memberi banyak manfaat untuk komuniti di situ.

Projek tersebut bakal memberi manfaat kepada penduduk di 25 buah rumah di Kampung Stenggang dan 32 buah rumah di Kampung Sepadah dengan bekalan air yang semakin baik yang melibatkan lebih kurang 360 orang penduduk.

-RJ-

Tinggalkan komen anda