
Laporan/Foto: Sumardi Sugiman/ Denis Etem (Sarawak)
BAU, 17 April (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan diingatkan supaya sentiasa peka dan berhati-hati dengan pelbagai taktik yang digunakan oleh scammer untuk menipu orang ramai. Selain itu, jika berlaku sebarang kejadian buli, segera laporkan kepada pihak berkuasa.

Retar berucap di Program JIWA@Komuniti MADANI, Kampung Tringgus Rabak Rotan di sini semalam.
Ketua Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan, Retar Yasi, 58, dalam ucapannya turut mengingatkan ahli-ahlinya agar sentiasa berhati-hati dengan scam akaun keldai.

Bahan penerbitan JAPEN jadi sumber utama info tepat, sahih dan terkini.
“Saya menyeru ahli Komuniti MADANI supaya sentiasa berwaspada terhadap penipuan akaun keldai. Saya juga berharap Komuniti MADANI di Kampung Tringgus Rabak Rotan dapat menggunakan kemudahan internet yang disediakan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Krokong untuk aktiviti harian dan peningkatan ekonomi mereka,” katanya semasa Program JIWA@Komuniti MADANI semalam, yang turut dihadiri oleh Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti sembang santai, pengedaran risalah, hebahan maklumat, dan sesi soal jawab tentang inisiatif kerajaan serta isu semasa yang menjadi tumpuan peserta.
-RJ-