
Laporan/foto: Abdul Hadi Bin Abdul Ghani/ Ridwa Abdul Razak (Semporna)
SEMPORNA, 17 Apr (MalaysiaAktif) – Pemimpin di peringkat akar umbi diseru memperkukuh peranan mereka dalam menyampaikan perkhidmatan serta maklumat kerajaan kepada masyarakat setempat.

Abd Azis menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JPKK Daerah Semporna 2025 di Dewan Arena Masyarakat, Semporna semalam.
Penolong Pegawai Daerah Semporna, Abdul Azis Bool menegaskan, tanggungjawab yang digalas oleh pemimpin di sesebuah kawasan bukanlah satu tugas ringan dan perlu diambil serius bagi menjamin ketenteraman dan keselamatan kampung.
Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Bugaya, Abdul Hussin Kiamsin percaya, pelantikan tersebut akan mendorong kepada perubahan yang lebih positif terhadap pentadbiran dan pengurusan kerajaan kepada masyarakat.

uriah Talling, JKKK Kg. Hujung Airport Semporna menerima watikah pelantikan daripada Insp. Al Amin Muhaddam, disaksikan Abdul Hussin.
“Pelantikan ini bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya merupakan tanggungjawab besar dalam membantu rakyat dan memajukan daerah Semporna.
“Ahli Majlis bukan hanya mewakili kawasan masing-masing, malah perlu menjadi mata dan telinga kepada PBT. Jalankan tugas dengan penuh integriti, prihatin terhadap masyarakat dan sentiasa turun padang untuk melihat realiti sebenar,” ujarnya.
Untuk makluman, seramai 137 individu telah menerima watikah pelantikan dalam majlis tersebut, merangkumi Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung serta ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi Parlimen Semporna dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya.
Para pemimpin yang dilantik turut menerima penghargaan atas komitmen mereka dalam usaha membangunkan masyarakat, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk mewujudkan komuniti yang sejahtera dan progresif.
-RJ-