Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kaum Tionghoa di Kemaman Manfaatkan Perkhidmatan NADI

By 18 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaik Mohamad Fikri Shaik Ismail (Kemaman)

KEMAMAN, 20 Apr (MalaysiaAktif) – Kaum Tionghoa di daerah Kemaman telah hadir ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Geliga bagi menggunakan perkhidmatan dan mendapatkan maklumat terkini tentang pelbagai inisiatif kerajaan, di sini kelmarin.

Teo Nyon Foy menyeru masyarakat setempat supaya memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan di NADI.

Wakil komuniti Tionghoa, Teo Nyon Foy, 60 berkata bahawa pusat ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memberikan maklumat yang mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

“Dengan adanya NADI di kawasan berhampiran kami, kami dapat memperoleh informasi dengan cepat dan tepat, sekaligus memanfaatkan peluang-peluang yang ditawarkan untuk kemajuan diri dan komuniti setempat,” katanya.

Menurut Kuo Liam Chuan, 64, kemudahan dan inisiatif di NADI ini akan memberi peluang dan ruang kepada masyarakat dalam menguasai teknologi komunikasi terkini, meningkatkan kemahiran diri, serta merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan terutama melalui kemudahan teknologi digital.

“Selain perkhidmatan penggunaan komputer dan percetakan, penduduk setempat juga berpeluang melakukan pemeriksaan saringan kesihatan yang turut disediakan di NADI secara percuma,” katanya.

Pengunjung diberikan taklimat berkaitan peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Perkhidmatan yang disediakan oleh NADI ini disambut baik oleh pengunjung kerana dapat mengurangkan jurang maklumat dalam kalangan penduduk serta meningkatkan kesedaran mengenai dasar-dasar kerajaan yang dapat memberi manfaat kepada mereka.

Dalam kunjungan tersebut pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk mengikuti tayangan webinar secara langsung yang bertajuk ‘Webinar Shield Penipuan Atas Talian: Kenali Penipuan Atas Talian’ yang ditayangkan di bilik latihan NADI Kampung Geliga tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda