
Laporan/foto: Nor Azwin binti Jamil/Harman Mohammad Khalid (Kuala Lumpur)
WANGSA MAJU, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pangsapuri Gombak Fasa 2 telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran 400 orang penduduk pangsapuri dari pelbagai peringkat umur dan pelbagai kaum, kelmarin.

Sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yangĀ hadir
Para tetamu disajikan dengan pelbagai juadah hidangan seperti lemang, ketupat, sate dan lontong.
Tidak ketinggalan pertunjukan bunga api dan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak turut diberi serta cabutan unit rumah bertuah turut diadakan.

YB IR TS Zahir bin Hassan beramah mesra bersama penduduk PangsapuriĀ GombakĀ FasaĀ 2
Selain itu, majlis diserikan dengan pertandingan pakaian mengikut tema Klasik Raya dan majlis turut didendangkan dengan lagu-lagu raya lama dan baru.
Ahli Parlimen Wangsa Maju IR TS Zahir Hassan, dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kerana menjemput beliau ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pangsapuri Gombak Fasa 2 dan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis, khususnya penduduk Pangsapuri Gombak Fasa 2 yang telah bekerjasama erat dalam menjayakan rumah terbuka aidilfitri pada tahun ini.
“Kita tidak boleh lupakan untuk kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana Allah telah mengizinkan kita dapat menemui Ramadan yang baru saja lepas. Bulan Ramadan yang telah kita lalui dari awal hingga akhir iaitu satu pemberian yang begitu besar dari Allah SWT dimana di dalam bulan Ramadan itu segala ibadah segala amalan kita dilipat gandakan pahalanya.
“Seterusnya Allah SWT menemukan kita dengan bulan Syawal untuk kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Bulan Syawal kita disarankan untuk teruskan amalan kita semasa bulan Ramadan dengan melengkapkan puasa enam dimana ganjaran pahalanya sangat besar, ” katanya.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi MPP Sub Zone 5, Zainal Adnan Abdul Halim, Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Gombak Fasa 2,Mohd Ismirul Azlan Ismail, dan Ketua Komuniti MADANI Taman Melati,Ā AsriĀ Sapuan.
-AA-