Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Malam Cinta Rasul Pupuk Kecintaan Terhadap Rasulullah SAW

By 18 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Firdaus Zaki (Bentong)

BENTONG, 20 Apr (MalaysiaAktif) – Hampir 2,000 pengunjung menghadiri Malam Cinta Rasul yang memupuk kecintaan terhadap Rasulullah SAW sempena program Moh Karnival Makmur  Bentong@Pelangai 2025, di sini Jumaat lalu.

Malam Cinta Rasul dianjurkan buat julung kalinya di Felda Chemomoi, Pelangai

Salah seorang pengunjung yang ditemui Ismail Sulaiman, 45, menzahirkan rasa terima kasih atas penganjuran program seumpama ini di kawasan mereka.

“Program ini julung kalinya diadakan di kawasan ini dan sambutan amat menggalakkan,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif.

Ismail mengharapkan agar lebih banyak program sebegini dianjurkan pada masa akan datang.

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran kumpulan nasyid In-Team.

-ZS-

Tinggalkan komen anda