Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

10,000 Hadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Sarawak, Menyerlahkan Semangat Perpaduan

By 17 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Lim Poh Choo / Norlia Mili (Sarawak)

Kuching, 20 Apr (MalaysiaAktif) – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Sarawak Tahun 2025 telah disambut dengan penuh kemeriahan dan menggambarkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini, di sini semalam.

Lebih 10,000 rakyat Sarawak dari pelbagai latar belakang membanjiri Stadium Perpaduan, Petra Jaya bagi menyertai sambutan yang berlangsung dalam suasana harmoni dan mesra, mencerminkan keharmonian sosial yang menjadi teras kepada identiti negeri Sarawak.

Hasli yakin majlis Aidilfitri ini mampu kuatkan ikatan rakyat pelbagai kaum.

Majlis ini dianjurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri.

Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyerikan lagi acara yang penuh bermakna ini.

Penghulu Kawasan Tebakang, Sorak Melayu, Tebedu, Hasli @ Sahali Rayan, 72, berkata majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, budaya dan agama.

Mecca Sadjoi (hadapan kanan), bersama Ketua-ketua Masyarakat Daerah Padawan dan Serian di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Petag, Padawan, Mecca Sadjoi, 53, menyifatkan sambutan tahun ini sangat meriah dengan kehadiran pelbagai kaum termasuk Bidayuh, Iban, Melayu, Cina dan India.

“Kami sangat berbesar hati kerana dijemput mewakili Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) untuk menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI ini.

“Ia merupakan acara yang cukup besar dan meriah, memperlihatkan semangat perpaduan serta keharmonian apabila pelbagai kaum, bangsa dan agama dapat berkumpul dan meraikannya bersama,” ujar Lui Siew Peng, 38, ahli Persatuan Penganut Agama Buddha Kuching.

Lui Siew Peng (kiri) teruja meraikan Aidilfitri MADANI — simbol perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum dan agama di bawah satu bumbung.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan Aidilfitri, malah sebagai simbol keutuhan perpaduan rakyat Sarawak dalam semangat Malaysia MADANI.

-RJ-

Tinggalkan komen anda