
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Kementerian Perpaduan Negara
ALOR SETAR, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Haji Ruji Haji Ubi telah menyantuni warga emas semalam di Pusat Aktiviti Warga Emas, Jalan Alor Setar, kelmarin melalui Program Jejak Harmoni Bersama Warga Emas.

Datuk Ruji bersama barisan Ahli Jawatankuasa Pusat Aktiviti Warga Emas, Jalan Alor Setar.
Menurutnya orogram ini menjadi platform penting dalam mempromosikan nilai-nilai kasih sayang, hormat menghormati dan kebersamaan dalam Keluarga Malaysia Madani.
“Kunjungan ini merupakan manifestasi komitmen kementerian dalam memperkukuhkan jalinan mesra dan memupuk semangat perpaduan segenap masyarakat termasuk menghargai dan mendekati generasi dahulu,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program.
-ZS-