Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Aidilfitri Eratkan Hubungan, Sebar Kasih Sayang Dan Kegembiraan Bersama

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Matsukarmi Suani / Rizalman Daim (Sarawak)

BALINGIAN, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi telah memeriahkan Program JIWA Komuniti MADANI Kampung Lintang yang diadakan sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 di Dewan Sri Lintang, Kampung Lintang, di sini kelmarin.

Abdul Yakub menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang berlangsung kelmarin.

Dalam ucapannya, Abdul Yakub menyeru masyarakat agar menjadikan sambutan Aidilfitri sebagai peluang untuk mempererat hubungan silaturahim, menyemai kasih sayang serta menyebarkan kegembiraan, khususnya kepada golongan yang memerlukan.

“Marilah kita bersama-sama menjadikan Aidilfitri ini sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan, menyemai kasih sayang dan menyebarkan kegembiraan kepada semua, khususnya kepada golongan yang memerlukan.

“Jangan kita lupakan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik agar mereka juga dapat merasakan nikmat Hari Raya ini,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Penerangan Daerah Kecil Balingian Matsukarmi Suani yang turut menyampaikan pesanan penting kepada komuniti.

Abdul Yakub telah menyerahkan bakul makanan kepada penerima pada kelmarin

Beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap pelbagai taktik penipuan oleh scammer yang semakin berleluasa.

Matsukarmi turut menggalakkan orang ramai membuat semakan kesahihan maklumat melalui chatbot Artificial Intelligence Fact-check Assistant (AIFA) yang dibangunkan oleh kerajaan, atau melayari portal Sebenarnya.my untuk mendapatkan laporan terkini mengenai berita palsu.

-RJ-

Tinggalkan komen anda