Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PUO Bina Modal Insan Pengucapan Awam Secara Holistik

By 6 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/PUO

IPOH, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Kelab Orator Armada Sujana Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan kerja sama pensyarah Jabatan Pengajian Am PUO Berjaya merelaisasikan Program Armada Memberi: Inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Dalam Membudayakan Generasi Celik Orator, di sini kelmarin.

Fasilitator yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar PUO sedang bersama-sama peserta program.

Menurut kenyataan PUO, program ini dilaksanakan dalam dua siri berasingan yang menyasarkan golongan pelajar dan asnaf dengan objektif bagi membudayakan pengucapan awam serta melahirkan generasi muda yang berani bersuara dan berketrampilan.

Menurut Pensyarah Penasihat Kelab Orator Armada Sujana PUO Muhammad Zaki Yahaya, inisiatif ini telah mula dilaksanakan sejak tahun 2023 dan akan diteruskan secara berperingkat sebagai salah satu usaha kelestarian tanggungjawab sosial yang bukan sahaja memperkasa pelajar dengan kemahiran insaniah, malah menyebar manfaat kepada masyarakat umum.

“Kami percaya bahawa generasi muda perlu diberikan ruang dan latihan untuk menjadi pemimpin pemikiran masa hadapan.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh peserta program.

“Program seperti ini bukan sahaja membuka jalan kepada pengucapan awam, malah memupuk nilai empati, kepimpinan dan semangat kesukarelawanan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, antara program yang telah dilaksanakan adalah Webinar Debate-Debate: Tak Kenal Tak Cinta melalui platform Youtube secara percuma dan Program Armada Mendunia: Serlahkan Potensimu yang kini masih giat dijalankan.

Menerusi program ini, terserlah komitmen PUO dan Kelab Orator Armada Sujana dalam merealisasikan tanggungjawab sosial serta menyokong pembangunan modal insan yang holistik dan berwibawa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda