
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Warta Kedah (Kedah)
ALOR SETAR, 21 Apr (MalaysiaAktif) – Hampir 500 peserta menyertai Neon Walk 2025 yang dianjurkan oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) sempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Kedah di Dataran Medan Bandar, Alor Setar semalam.

Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, kiri turut hadir bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bertopi Datuk Seri Norizan Khazali
Menurut salah seorang peserta, Nur Ayuni Azme, 24, berharap program sebegini akan selalu diadakan kerana dapat mewujudkan kesedaran betapa pentingnya gaya hidup sihat dengan aktiviti larian seperti ini.
Dengan pelaksanaan program seperti ini, ia dapat membantu Kerajaan Negeri Kedah mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025.
Turut hadir Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali.
-AA-