Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Perlis Mula Pemakaian Lencana Jalur Gemilang dalam Kalangan Pelajar Sekolah

By 11 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 22 Apr (MalaysiaAktif) – Inisiatif pemakaian lencana Jalur Gemilang dalam kalangan pelajar sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan langkah yang baik bagi memupuk semangat cintakan negara dan perpaduan.

Murid-murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan diwajibkan memakai lencana Jalur Gemilang mulai 21 April 2025.

Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan Gan Ay Ling yang ditemui selepas Program Pemasangan Lencana Jalur Gemilang pada Seragam Sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khoon Aik, di sini semalam, berkata dengan program pemakaian lencana Jalur gemilang ini, semangat cintakan negara bukan sahaja diingati pada Bulan Kebangsaan sahaja tetapi ia menjadi amalan seharian kepada para pelajar untuk menyayangi negara setiap hari.

“Bagi sekolah Khoon Aik ini seramai lebih 600 orang murid mula memakai lencana Jalur Gemilang dan bagi negeri Perlis pula pemakaian lencana tersebut melibatkan seramai 47,000 murid dari 74 buah sekolah rendah dan 30 buah sekolah menengah dan ia sebagai langkah memperkukuh semangat cinta akan negara dan memupuk nilai patriotisme dalam kalangan pelajar sejak dari bangku sekolah lagi,” ujarnya.

Murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khoon Aik kelihatan gembira memakai lencana Jalur Gemilang.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Datuk Amzan Abd Malek dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Ros Aza Che Arifin.

Amzan pula, berkata KPM akan membekalkan lencana Jalur Gemilang sebanyak dua unit secara percuma secaran berperingkat melibatkan sebanyak 10,238 buah sekolah di Malaysia untuk sesi persekolahan 2025/2026.

Mulai 21 April 2025, semua murid di bawah institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah diwajibkan memakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam masing-masing.

-ZS-

Tinggalkan komen anda