Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

MBSA Raikan 300 Pengunjung dengan Juadah Percuma

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)

SHAH ALAM, 23 Apr (MalaysiaAktif) – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberikan makanan percuma kepada 300 pengunjung sempena program Makan Percuma Peringkat MBSA bertempat di Medan Selera Prima Seksyen 7, di sini semalam.

Orang ramai tidak melepaskan peluang mendaftar untuk mendapatkan kupon percuma bernila RM 10 sempena program Makan Percuma Peringkat MBSA.

Pengarah Pembangunan Komuniti MBSA Shahrin Ahmad, berkata program ini merupakan inisiatif pihak MBSA untuk menyantuni komuniti di kawasan pentadbiran MBSA seperti golongan pelajar, penjawat awam dan pekerja industri dengan memberikan makanan percuma terutamanya selepas perayaan Aidilfitri.

“Program hari ini telah mendapat kerjasama daripada pengerusi gerai di kawasan ini dan sebanyak empat peniaga telah menyertai program hari ini dengan kadar RM10 untuk seorang dan seramai 300 pengunjung telah menyertai program ini.

“Pihak MBSA akan memberikan RM3,000 melalui pengerusi gerai untuk diagihkan kepada peniaga yang terlibat dan inisiatif ini turut membantu peniaga menjana pendapatan tetap hari ini,” katanya yang ditemui sempena program tersebut.

Tambahnya, sebanyak dua lagi siri program seumpama ini akan diadakan pada tahun ini iaitu di kawasan sebelah utara dan selatan di bawah kawasan pentadbiran MBSA.

Nadia Izzati dan suaminya Mohd Hafiz berbaris mengambil makanan percuma sambil menunjukkan kupon yang diterima oleh MBSA.

Program ini juga merupakan platform MBSA mendekati dan menyantuni komuniti setempat sekali gus dapat mengeratkan silaturahim dan muhibbah dalam kalangan masyarakat di kawasan pentadbirannya.

“Alhamdulillah, rezeki tak disangka,” begitulah luahan rasa syukur Nadia Izzati Azami, 37, yang tidak menyangka akan menerima makanan percuma ketika singgah bersama suaminya di Medan Selera Prima, Seksyen 7, semalam.

“Cukup untuk kami berdua, malah boleh pilih sendiri menu bernilai RM10, saya harap program ini diteruskan di masa hadapan,” ujarnya dengan senyuman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda