Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

700 Sertai Karnival Pendidikan dan Kerjaya Sabak Bernam

By 24 April 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haniff Tukija/Mohd Hafiz Mat Nor (Sabak Bernam)

SUNGAI BESAR, 24 Apr (MalaysiaAktif) – Lebih 700 pelajar dan komuniti setempat memeriahkan Karnival Pendidikan dan Kerjaya Daerah Sabak Bernam 2025 yang berlangsung di Dewan Seri Bernam, di sini semalam.

Reruai Pendidikan dan Kerjaya yang dibuka semasa karnivalĀ berlangsung.

Bertemakan ‘Inspirasi Kejayaan Komuniti’, karnival ini membuka ruang kepada belia dan pelajar untuk mengenali lebih dekat peluang menyambung pengajian dan kerjaya menerusi institusi seperti Kolej Komuniti Sabak Bernam, Politeknik Sultan Idris Shah, GIATMARA serta Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Pegawai Daerah Sabak Bernam Ali Sadikin Sadin, berkata karnival ini merupakan julung kali diadakan dan diteruskan sebagai acara tahunan.

ā€œMatlamat karnival hari ini adalah untuk memberi pendedahan serta peluang kepada belia di Sabak Bernam agar menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ada dalam daerah ini,ā€ jelasnya ketika merasmikan majlis penutup karnival.

100 buah motosikal mendapat perkhidmatan penukaran minyak hitam secara percuma.
(Foto: GIATMARA Sabak Bernam).

Terdapat 16 gerai pameran pendidikan dan kerjaya, 10 usahawan tempatan serta perkhidmatan tukar minyak hitam motosikal secara percuma oleh GIATMARA antara yang mencuri tumpuan sempena karnival tersebut.

Karnival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian program antaranya forum ‘Mana Hala Tuju Anak Muda Sabak Bernam’, pameran interaktif, aktiviti ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’, kuiz serta slot kenegaraan daripada Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam.

Turut hadir Orang Besar Daerah Sabak Bernam Dr. Paridul Adras Ismail, Pengarah Kolej Komuniti Sabak Bernam Ahmad Arman Nor Anuar, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah Haslinda Abd Hamid serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam Mohd Zakiyuddin Abdul Hamid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda