Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Sempurnakan Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri ke-15

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syafiq Mohd Kamaruzzaman/Mohd Khairulnizam Yunus

SEREMBAN, 24 Apr (MalaysiaAktif) – Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri ke-15 telah disempurnakan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Kawalan Kehormatan Utama mengambil tempat sebelum istiadat bermula.

Istiadat yang berlangsung di pekarangan Bangunan Dewan Undangan Negeri ini turut diserikan dengan kehadiran Undang Yang Empat Serta Tunku Besar Tampin.

“Kerjasama yang kukuh dalam Kerajaan Perpaduan terus memberi impak yang amat membanggakan beta, yang mana prestasi yang ditunjukkan sepanjang tahun 2024 terus mencerminkan pencapaian yang luar biasa.

“Ahli Dewan sekalian, adalah diingtkan untuk berbahas dengan penuh rasional, intelektual dan pastikan setiap hujah yang dikemukakan memberikan manfaat kepada masyarakat dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat,” titah Tuanku Muhriz.

Potret kenangan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin bersama semua anggota ahli-ahli yang berhormat.

Istiadat dimulakan dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dari Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Senawang diiringi Panji-Panji Batalion ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri dari tiga orang pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat manakala pasukan pancaragam pengiring adalah dari Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpengkalan di Pengakalan Udara Subang, Selangor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda