Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Lebih 700 Peserta Sertai Larian Santai Tradisi Raya 2025

By 7 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mastura Mohamed Rowther/Shamsul Bahari Abd Shukor

PERMATANG PAUH, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Lebih 700 peserta menyertai Larian Santai Tradisi Raya 2025 yang berlangsung meriah di sekitar kawasan Permatang Pasir, di sini kelmarin.

Peserta berkeluarga Syafiqa Izzati bersama pasangan dan anaknya.

Program anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah, Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang dan Utara Runners ini berlangsung dalam suasana penuh warna-warni.

Lebih menarik, terdapat juga para peserta yang mengenakan busana tradisional baju Melayu lengkap bersampin dan berbaju kurung kelihatan ceria dan bersemangat sepanjang larian.

Larian sejauh empat kilometer yang bermula pukul 8.00 pagi itu telah disempurnakan pelepasannya oleh Pengarah JAPEN Negeri Hasmiza Hussin bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pulau Pinang Renuga Muniandy bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah.

Peserta berbilang kaum yang menyertai Larian Santai Tradisi Raya.

Objektif utama program adalah untuk menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti riadah secara santai sambil menyemarakkan nilai kekeluargaan dan budaya tempatan.

“Seronok sangat, kami sekeluarga pakai baju raya sedondon dan sambil berlari santai dapat juga berkenalan dengan peserta lain dari pelbagai latar belakang,” ujar Syafiqah Izzati Mahamad Fuad, 33, yang turut hadir bersama suami dan anaknya berusia setahun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda