
Laporan/foto: Sufian Rashid (Seberang Perai Tengah)
PERMATANG PAUH, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Forum Perdana bertajuk ‘Palestin: Peranan dan Tanggungjawab Kita’, menjadi acara penutup Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025, bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah.

Forum ini menutup tirai Karnival Kita MADANI Pulau Pinang dengan semangat solidariti kepada Palestin.
Forum yang menampilkan pendakwah terkenal tanah air Datuk Dr. Danial Zainal Abidin, bersama moderator Muhammad Faris Muhd Fadhil ini diadakan selepas pelbagai aktiviti siang yang menarik lebih 3,000 pengunjung termasuk program kekeluargaan, pameran agensi kerajaan dan jualan produk tempatan.
Dalam ucapannya Dr. Danial menyeru umat Islam supaya terus istiqamah membela rakyat Palestin melalui doa, sokongan dan penyebaran kesedaran.
“Perjuangan ini bukan pilihan, tetapi tanggungjawab kita sebagai umat Islam,” katanya, di sini kelmarin.
Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang Hasmiza Hussin serta Penyelaras KADUN Permatang Pasir Hamdi Mohd Noor.
-ZS-