
Laporan/foto: Mohd Fauzi
GEMENCHEH, 28 Apr (MalaysiaAktif) – Lebih 2,000 orang terdiri daripada pelbagai bangsa hadir memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Parlimen Tampin dan DUN Gemencheh di Dataran Mini Kg Tengah, semalam.

Antara tetamu yang hadir
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis dan kehadiran semua kaum Melayu, India dan Cina merupakan bukti perpaduan kaum yang masih kuat di kawasan Tampin ini,” kata Ahli Parlimen Tampin, Dato Mohd Isam Hj Mohd Isa dalam ucapannya.

YB Ahli Parlimen Tampin dan YB ADUN Gemencheh menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak
Beliau dan ADUN Gemencheh Suhaimizan Bizar turut menyampaikan sumbangan kepada 61 orang bakal haji tahun ini dan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak.
Rumah terbuka juga menyediakan pelbagai hidangan raya seperti lemang, rendang, lontong dan yang paling istimewa ialah signature Tampin khususnya Gemencheh iaitu Rendang Maman.
Di samping itu, majlis dihiburkan dengan persembahan tradisi Tumbuk Kalang daripada SMK Dato Mohd Taha Gemencheh dan persembahan bunga api.
Turut hadir Yang Teramat Mulia Dato Muhamad Hj Abdullah, Undang Luak Johol, Yang Teramat Mulia, Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al-Qadri Tunku Besar Tampin, Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Dato Seri Jalaludin Alias dan Pegawai Daerah Tampin, Mohd Fadhil Hassan.
-AA-