Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Sembang Santai Perkukuh Perpaduan, Tingkat Kesedaran Komuniti Luar Bandar

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan / foto : Matsukarmi Suani / Rizalman Daim (Sarawak)

BALINGIAN, 29 Apr (MalaysiaAktif) – Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai yang berlangsung di Rumah Elizabeth Payung, Sungai Sebuluh, Balingian telah menjadi platform penting dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar kerajaan dan isu semasa kepada komuniti akar umbi.

Elizabeth (kiri) bersama penduduk rumah panjang tekun mendengar taklimat isu semasa yang disampaikan oleh PPD Kecil Balingian.

Selain itu, program ini turut memainkan peranan memperkukuh perpaduan dan kerjasama antara Komuniti MADANI setempat dan Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Kecil Balingian.

Menurut Tuai Rumah Elizabeth Payung Jakong, 49, pelaksanaan program seumpama ini amat bermanfaat khususnya kepada penduduk luar bandar seperti mereka yang tinggal di rumah panjang.

“Program turun padang seperti ini sangat penting untuk membantu penduduk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini, terutamanya berkaitan keselamatan dalam talian dan dasar-dasar baharu kerajaan.

Matsukarmi  menyampaikan taklimat isu semasa kepada penduduk Rumah Panjang Sungai Sebuluh.

Saya menyeru agar semua penduduk lebih berwaspada terhadap berita palsu dan penipuan dalam talian oleh scammer,” ujarnya ketika berucap dalam majlis tersebut semalam.

Turut hadir dalam program ini ialah Pegawai Penerangan Daerah Kecil Balingian, Matsukarmi Suani, Ketua Komuniti MADANI 3 Sungai Balingian, Ngumbang Gun, serta Tuai Rumah Ebi Gat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda