Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

NADI Kampung Bukit Pulau Beri Impak Positif, Tingkat Kesejahteraan Rakyat

By 4 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Fandy Azam

BUKIT KATIL, 29 Apr (MalaysiaAktif) – Pembukaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Bukit Pulau, bakal memberi Impak Positif dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Taklimat NADI disampaikan oleh pengurus NADI Kampung Bukit Pulau, Aininna Uzair.

Menurut Timbalan Pengerusi 1 Merangkap Pegawai Operasi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) kawasan Bukit Katil, Yani Ismail, 58, NADI Kampung Bukit Pulau akan dirasmikan tidak lama lagi dan akan berperanan sebagai penyebar maklumat bagi pihak kerajaan.

“Selain itu kerjasama erat antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Jabatan Penerangan (JAPEN) memperkukuhkan lagi peranan NADI sebagai platform memperkasa komuniti melalui inovasi digital, meningkatkan taraf hidup, mempertingkatkan kemahiran diri serta menjadikan masyarakat lebih proaktif bagi melahirkan generasi celik teknologi.

Yani Ismail (tengah) pembukaan NADI Kampung Bukit Pulau bakal memberi Impak besar kepada masyarakat.

“Mari berdaftar sebagai ahli secara percuma dan nikmati pelbagai peluang yg ditawarkan di NADI Kampung Bukit Pulau,” ujarnya ketika Program Taklimat Jalur Gemilang dan Kejayaan Kerajaan MADANI, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda