
Laporan/foto: Abd Muiz/Unit Perhubungan Awam & Pembangunan Masyarakat MDCH
CAMERON HIGHLANDS, 30 Apr (MalaysiAktif) – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bertemu rakyat Pahang khususnya masyarakat Orang Asli Cameron Highlands sempena Majlis Pengurniaan Kunci kepada penerima-penerima Projek Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA), di sini semalam.

Sultan Pahang menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata
Baginda Tuanku mengurniakan replika kunci kepada tiga penerima Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di bawah kendalian Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP).

Sultan Pahang mencemar dulu meninjau rumah Ru’RASA
Seorang penerima kunci rumah berkenaan Airel Amirien Gani, 26, meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan rumah baharu Ru’RASA oleh Sultan Pahang.
“Alhamdulillah, kebaikan Tuanku akan saya kenang selamanya dan amat berterima kasih kerana rumah baharu yang diberi dapat memberi keselesaan kepada kami sekeluarga,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Aktif.
-AA-