
Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)
JAWI, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Lebih 40 syarikat pengendali pengangkutan menyertai Program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya (PKKJR) Wilayah Utara yang berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, di sini semalam dalam usaha memperkasa pematuhan terhadap aspek keselamatan jalan raya.

Ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Pengarah APAD.
Program anjuran Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APAD Masita Md Isa, berkata penganjuran program ini adalah usaha berterusan dalam meningkatkan tahap kesedaran dan kepatuhan pengendali syarikat terhadap undang-undang dan peraturan berkaitan keselamatan jalan raya.
“Semua pihak memainkan peranan penting dalam mengutamakan keselamatan diri ketika berada di jalan raya.

Penyerahan sijil kepada syarikat pengendali.
“Program seperti ini memberi ruang untuk kita sama-sama memahami aspek penting berkaitan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya
Masita turut menegaskan bahawa keselamatan jalan raya bukan hanya tanggungjawab individu tertentu, sebaliknya merupakan tanggungjawab kolektif yang perlu dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.
Turut hadir Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan Khairul Nizam Hashim.
-ZS-