
Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Muhaimin Musa (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merupakan pusat pendidikan kesihatan rujukan dunia yang ditubuhkan sejak 1870 telah melalui banyak fasa-fasa pemodenan.

Pengarah HKL berkongsi idea berkaitan informasi galeri bersama pengurusan tertinggi.
Justeru itu Galeri HKL dibina berikutan pemindahan tertiary care kepada quaternary care yang membawa masyarakat setempat merasai apa yang ada serta kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan di HKL telah berkembang pesat dan menjadi sebuah hospital yang paling besar dan terkemuka di Asia Tenggara.
“Galeri ini dibuka kepada pelawat dan juga dif-dif kehormat dan sesiapa yang melawat keluarga mereka di Hospital Kuala Lumpur daripada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang (Isnin hingga Jumaat).
“Kami memang mengalu-alukan kedatangan daripada semua orang untuk tengok apa yang telah berlaku dekat Hospital Kuala Lumpur selama ini,” kata Pengarah HKL Datuk Dr. Harikrishna K.R. Nair ketika merasmikan Galeri HKL, di sini kelmarin.

Dr. Harikrishna ketika merasmikan Galeri HKL.
Untuk makluman galeri ini juga dibuka kepada pelawat kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas sejajar dengan peraturan hospital.
Dr. Harikrishna turut, berharap agar Galeri HKL ini akan tersergam mengikut peredaran zaman dengan penambahbaikan butiran kejayaan yang telah terlaksana di HKL untuk tatapan umum.
-ZS-