Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kementerian Komunikasi Melancarkan Program Dana Kandungan Kreatif, Sokong Industri Seni Tempatan

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Rahman Ishak (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Kementerian Komunikasi hari ini telah melancarkan program Dana Kandungan Kreatif sebagai usaha menyokong industri seni tempatan negara.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Komunikasi melalui kumpulan MyCreative Ventures atau MyCreative pada hari ini melancarkan program Dana Kandungan Kreatif atau DKK Industri Muzik dan Skim Dana Padanan SDP bagi tahun 2025 dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM13 juta bagi menyokong para penggiat industri seni tempatan.

“Sehingga kini, program DKK Industri Muzik telah menyalurkan RM23 juta kepada 223 penerima, memberi sokongan berdasarkan merit kebolehlaksanaan serta potensi kebolehpasaran projek dalam usaha memperkasakan ekosistem muzik negara,” kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu, berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan Kabinet, di Kompleks Kementerian Komunikasi di sini sebentar tadi.

Menurutnya lagi, permohonan DKK Industri Muzik 2025 akan dibuka pada hari ini meliputi tiga kategori utama iaitu Dana Persembahan Muzik di mana permohonan akan tutup pada 11 Jun ini, Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa serta Dana Pemasaran dan Promosi Domestik yang permohonannya dibuka sepanjang tahun.

“Selain itu, Skim Dana Padanan 2025 akan dibuka pada tarikh yang sama iaitu 30 April, menawarkan geran padanan satu dengan satu, one-to-one matching grant sehingga RM250,000 bagi setiap permohonan yang berjaya.

“Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk www.mycreative.com.my/funds,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda