Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

SejaTi MADANI Galak Golongan Muda Jana Pendapatan Secara Lestari

By 6 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhanum Mohamed (Raub)

RAUB, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Inisiatif SejaTi MADANI terus menunjukkan impak positif apabila berjaya membantu penduduk setempat menjana pendapatan melalui projek pertanian moden dan mampan.

Dari kiri Azreen Ajisat, Samsul Mat Jani, Norazlan Afifin Kalib dan Mohd  Sukri Muharun

Melalui kerjasama antara agensi kerajaan dan komuniti tempatan, projek ini memperkenalkan pendekatan pertanian berteknologi tinggi seperti fertigasi secara berkelompok yang mana usaha ini bukan sahaja meningkatkan hasil tuaian malah membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia.

Lawatan ke tapak projek SejaTi MADANI JPKK Kampung Kela

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kela, Ajisat Esa, program ini telah memberi manfaat kepada lapan orang peserta sejak ia dilaksanakan pada awal Julai tahun lalu.

“Setiap dua orang peserta menerima satu plot tanah dengan 1,000 polibeg yang membolehkan mereka mendapat pulangan bersih antara RM2,000 hingga RM2,500 selepas tanaman membuahkan hasil, bergantung pada harga pasaran semasa,” ujarnya.

Antara tanaman utama yang diusahakan termasuk labu, timun dan peria yang dipasarkan ke pasar tani dan pasar raya tempatan melalui syarikat Farmbyte Sdn. Bhd. dan Pasar Borong Selayang.

Salah seorang peserta Shamsul Mat Jani, 40, berkata penyertaannya dalam projek tersebut telah mengubah hidupnya.

“Saya tidak pernah menyangka bidang pertanian boleh menjana pendapatan lumayan.

“Dengan bantuan yang diberi, saya kini boleh mengubah kehidupan yang lebih baik dan bercadang untuk mempelbagaikan lagi projek tanaman,” katanya.

Projek SejaTi MADANI dijangka akan diperluaskan ke kawasan lain dengan fokus khusus kepada pengeluaran makanan tempatan sekali gus menyumbang kepada rantaian keselamatan makanan negara.

-AA-

Tinggalkan komen anda