Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

I-Saraan KWSP Memaksimumkan Simpanan Persaraan

By 16 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Sufe Fuddin (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Sungai Petani mengadakan Hari Bertemu Pelanggan bagi mengenalkan insentif baharu iaitu i-Saraan di Pasar Tani Sungai Petani, semalam.

Mohd Syafiq berkongsi maklumat mengenai i-Saraan

Menurut Penolong Pengurus KWSP Sungai Petani, Izian Liana Mad Isa, i-Saraan adalah satu inisiatif mencarum di bawah caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP.

Taklimat oleh Penolong Pengurus KWSP, Puan Izian Liana Mad Isa

Ia memberi peluang kepada ahli yang bekerja sendiri, pekerja sektor ekonomi tanpa pendapatan tetap dan juga kakitangan kerajaan yang memilih skim pencen yang belum mencapai had umur 60 tahun.

“Selain itu, pencarum dan pendeposit juga bakal menerima kadar insentif padanan kerajaan sebanyak 20% bagi setiap jumlah caruman tertakluk kepada had maksimum tahunan sebanyak RM500 atau RM5,000 seumur hidup.

“Antara insentif lain pencarum juga akan menikmati dividen tahunan, bantuan khairat kematian dan juga pelepasan cukai,” katanya.

Selain itu, KWSP turut menyediakan perkhidmatan termasuklah pendaftaran i-SARA, penamaan bagi kesejahteraan keluarga dan juga semakan simpanan ahli.

-AA-

Tinggalkan komen anda