Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Penyakit Buah Pinggang Kronik Semakin Membimbangkan

By 14 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Faizal Mat Ariffin menyatakan penyakit buah pinggang kronik kini antara penyumbang utama beban penyakit tidak berjangkit di negara ini.

Dr Faizal kelihatan mencuba makanan sihat yang disediakan Jabatan Dietik Hospital Selayang

Katanya, pertambahan kes baharu setiap tahun semakin membimbangkan.

“Statistik menunjukkan lebih kurang 40,000 rakyat Malaysia kini bergantung kepada rawatan dialisis,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat Negeri Selangor di Taman Eko Rimba Bukit Lagong, di sini semalam.

Dr Faizal melihat mesin dialisis semasa melawat reruai Vital Healthcare sempena Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia di Taman Eko Rimba Bukit Lagong

Turut hadir Pengarah Hospital Selayang, Dr Afidah Ali dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Ahmad Zahiri Zahid Sofian.

Jelasnya, Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia adalah titik tolak perubahan gaya hidup, bukan sekadar acara tahunan.

Katanya, kita perlu melatih diri untuk lebih peka terhadap kesihatan dalaman yang tidak kelihatan secara luaran.

“Kita juga perlu mengamalkan prinsip mencegah lebih baik daripada mengubati.

“Kerana kesihatan adalah aset paling berharga yang tiada tandingnya,” ujar beliau.

-AA-

Tinggalkan komen anda