Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Komuniti MADANI Daun Singai jayakan gotong-royong sempena Program JIWA@Komuniti.

By 40 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman /Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Kampung Daun Singai bersama penduduk tempatan mengambil peluang cuti umum untuk bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan sekitar kampung dalam Program JIWA@Komuniti MADANI Kemasyarakatan anjuran Jabatan Penerangan Daerah Bau, yang berlangsung di Pondok KRT dan RELA kampung tersebut hari ini.

Komuniti MADANI dan penduduk Kampung Daun Singai berganding bahu menjayakan gotong-royong membersih dan menceriakan persekitaran kampung.

Aktiviti yang berlangsung meriah ini disertai oleh penduduk tanpa mengira umur, jantina dan latar belakang, melambangkan semangat perpaduan dan nilai murni masyarakat Malaysia.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Daun Singai yang juga ketua kampung, Roystein Giles, 40, mengetuai aktiviti tersebut dengan memberikan taklimat ringkas sebelum memulakan gotong-royong bersama komuniti.

Dalam ucapannya, Roystein menekankan kepentingan semangat kejiranan dan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung, terutama golongan muda.

Rosystein merakamkan penghargaan kepada JAPEN Bau dan menyifatkan program ini memberi impak positif kepada komuniti.

“Syukur atas penyertaan yang begitu menggalakkan daripada penduduk kampung. Nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama dan saling menghormati jelas terpancar dalam kalangan peserta, tanpa mengira umur, jantina atau latar belakang,” katanya.

Program tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman, dan diyakini mampu memberi impak positif, termasuk meningkatkan kesedaran terhadap inisiatif kerajaan serta isu-isu semasa dalam kalangan komuniti.

-RJ-

Tinggalkan komen anda