Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pertandingan Sepak Penalti Meriahkan Komuniti Bukit Petiti

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/oto: Nor Emylia Lot/Maherah Marina Mahusin (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Kampung Bukit Petiti, Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading meriah apabila komuniti setempat menganjurkan Pertandingan Sepak Penalti sempena program santai hujung minggu bertempat di Padang Bola Kampung Bukit Petiti, di sini kelmarin.

Muhammad Adwa berharap pertandingan ini akan diteruskan pada masaĀ akanĀ datang

Program anjuran Komuniti MADANI Kampung Bukit Petiti itu menjadi medan santai yang bukan hanya mencungkil bakat muda dalam sukan bola sepak, malah berjaya mengeratkan hubungan antara penduduk dari pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa.

Kasim Yusuf, Ketua Komuniti MADANI kampung berkenaan, memaklumkan aktiviti seperti ini menjadi simbol kesatuan dan keharmonian kampung.

Ahmad Nasyadiey teruja dapat peluang menambah kenalan baharu dari kampung sekitar

ā€œKami mahu wujudkan suasana kekeluargaan dan semangat kejiranan yang utuh. Aktiviti seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dengan pengisian yang lebih menarik dan sihat,ā€ katanya.

Antara yang mencuri tumpuan adalah peserta termuda, Muhammad Adwa Syahmi Raimi, 13, yang teruja menyertai pertandingan ini dan gembira dapat mempamerkan bakat dan berentap bersama rakan-rakan.

“Saya berharap agar pertandingan ini dapat diadakan setiap tahun,ā€ katanya dengan wajah ceria.

Bagi peserta Ahmad Nasyadiey Iman Adnan, 14, pertandingan itu membuka peluang untuknya mengenali lebih ramai rakan dari kampung sekitar.

ā€œBukan saja seronok, tapi saya dapat ramai kawan baru dan berharap lebih banyak pertandingan diadakan seperti futsal, bola jaring atau sukan rakyat pada masa akan datang,” katanya

Program ini turut mendapat sokongan padu daripada penduduk kampung yang hadir memberi semangat, sekali gus menjadikan suasana meriah dan membuktikan bahawa sukan mampu menyatukan hati serta semangatĀ komuniti.

-AA-

Tinggalkan komen anda