Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Program Moh Karnival Makmur Maran Capai Hasrat Kerajaan Negeri Dekati Rakyat

By 22 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surina Simat (Maran)

MARAN, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Program Moh Karnival Makmur Maran mencapai hasrat Kerajaan Negeri Pahang untuk mendekati rakyat dengan lebih berkesan.

Antara reruai yang menjadi tumpuan

Program yang dicetuskan oleh Menteri Besar Pahang ini menjadi satu platform yang tepat dalam mengukuhkan budaya penyampaian perkhidmatan awam secara langsung dan lebih mesra rakyat.

Gimik paluan gong sebagai simbolik perasmian Moh Karnival Makmur Maran 2025

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang Datuk Mohamad Nizar Datuk Sri Mohamad Najib, berkata program ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Pahang dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Program Moh Karnival Makmur merupakan simbol komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan rakyat sentiasa diberi perhatian dan diutamakan dalam segala agenda pembangunan,” katanya sewaktu berucap di majlis penutup Program Moh Karnival Makmur Daerah Maran, di sini, semalam.

Selain pameran di reruai jabatan kerajaan dan agensi terlibat, pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang karnival ini berlangsung seperti ceramah agama, pelbagai jenis pertandingan khas untuk masyarakat tempatan, jualan rahmah, taklimat Exco Talk, kenduri rakyat dan yang sentiasa dinantikan ramai adalah cabutan bertuah yang merupakan sebuah motosikal sebagai hadiah utama serta pelbagai hadiah sampingan.

-AA-

Tinggalkan komen anda