Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Che Puan Mahkota Khaleeda Johor Berkenan Rasmi Bengkel Spa dan Refleksologi PPKI SMK Tengku Mahmud Iskandar

By 14 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh/Kartina Saruni (Tangkak)

TANGKAK, 8 Mei (MalaysiaAktif) – Che Puan Mahkota Khaleeda Johor berkenan merasmikan Bengkel Iskandarian’s Spa dan Refleksologi, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Tengku Mahmud Iskandar, di sini kelmarin.

Keberangkatan tiba Che Puan Mahkota disertai beberapa kenamaan termasuk isteri Menteri Besar Johor Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor Datin Dr. Hajah Noor Azizah Abdul Latiff dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin.

Majlis menandatangani plak perasmian Bengkel Iskandarian’s SPA dan Refleksologi, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Tengku Mahmud Iskandar

Bengkel berimpak tinggi ini dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan kos RM260 ribu, bertujuan melatih pelajar berkeperluan khas dalam bidang refleksologi dan kemahiran hidup yang relevan.

Pada majlis berkenaan, turut diadakan pelbagai demonstrasi oleh pelajar PPKI termasuk urutan refleksologi, penghasilan minyak urut, lilin soy wax, air kunyit serta jahitan manik.

Turut dipersembahkan demonstrasi silat dan nyanyian oleh pelajar khas SMK Tengku MahmudĀ Iskandar.

-AA-

Tinggalkan komen anda