Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

ADUN Rawang Usaha Kurangkan Kemalangan dan Banjir Kilat

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 9 Mei (MalaysiaAktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat berusaha mengatasi isu kemalangan jalan raya dan banjir kilat di kawasannya.

Sistem saliran dilaksanakan untuk mengatasi air bertakung setiap kali hujan di Jalan FT01 hadapan Masjid Nurul Iman melibatkan kos RM50,000

Menurutnya, tahun lalu pihaknya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak telah memantau beberapa kawasan hotspot sering berlaku kemalangan terutama di Jalan Persekutuan FT01.

Sehubungan itu katanya, pihak JKR diminta untuk meningkatkan tahap kesedaran serta aspek keselamatan di kawasan-kawasan terbabit.

Penghadang jalan di pasang di persimpangan lampu isyarat Rawang Perdana untuk mengatasi kemalangan di kawasan terbabit

“Pada April lalu, sejumlah RM50,000 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan kerja pemasangan Flexible Roundable Post dan papan tanda larangan pusingan U serta insurans berkaitan.

“Pelaksanaan ini di harap dapat mengurangkan kadar kemalangan di lokasi persimpangan lampu isyarat Taman Bersatu dan Rawang Perdana,” katanya ketika ditemui hari ini.

Selain itu, kawasan di hadapan Masjid Nurul Iman turut dikenal pasti sebagai hotspot banjir kilat akibat ketiadaan sistem saliran yang membahayakan pengguna jalan raya.

“Setiap kali hujan sama ada lebat atau sebaliknya, air akan bertakung yang membahayakan pengguna jalan raya kerana boleh berlaku kemalangan.

“Bagi mengatasi masalah tersebut, pembinaan longkang sepanjang 100 meter pada akhir tahun lepas bagi melancarkan aliran air dan mengelakkan takungan dengan kos RM50,000,” ujarnya.

Wei Kiat merakamkan penghargaan kepada JKR Gombak atas sikap proaktif mereka dalam menangani setiap aduan yang diterima.

-AA-

Tinggalkan komen anda