Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

ADUN Sungai Puyu Raikan Hari Ibu, Hargai Pengorbanan Wanita

By 11 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan/R.Vikkneswaran (Seberang Perai Utara)

SUNGAI PUYU, 11 Mei (MalaysiaAktif) – Sempena sambutan Hari Ibu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu Phee Syn Tze, merakamkan penghargaan kepada semua ibu di kawasannya atas pengorbanan dan kasih sayang dalam membesarkan anak-anak serta membina keluarga yang harmoni.

Syn Tze (paling kiri) ketika memberi ucapan perasmian bagi Program Sembang Santai Taman Lucky

“Hari Ibu adalah detik istimewa untuk kita mengenang jasa wanita yang menjadi tulang belakang kehidupan dalam melahirkan, mendidik dan menjadi sumber inspirasi.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ibu di mana jua anda berada,” ujar Syn Tze ketika ditemui wartawan Malaysia Aktif semasa program komuniti, di sini semalam.

Syn Tze (dua dari kiri) menyampaikan bunga kepada warga emas sebagai simbolik tanda sayang

Syn Tze turut menekankan pentingnya sokongan berterusan kepada golongan wanita, khususnya ibu tunggal dan wanita bekerja agar mereka terus berperanan aktif dalam pembangunan masyarakat.

“Kita perlu memastikan ibu diberi peluang adil dalam aspek pendidikan, kerjaya dan kesihatan selain memperkukuh dasar sokongan sosial serta memperjuangkan kesamarataan gender di semua peringkat,” katanya.

Sambutan Hari Ibu tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai program komuniti sekitar Sungai Puyu anjuran pusat khidmat ADUN bersama Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Utara, termasuk penyampaian sumbangan kepada ibu-ibu warga emas serta bengkel kesihatan wanita.

-AA-

Tinggalkan komen anda