Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Ekopelancongan SejaTi MADANI Kampung Ayer Panas Tarikan Baharu Pengkalan Hulu

By 1 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Eman Abd Latif (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 15 Mei (MalaysiaAktif) – Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) terus memanfaatkan komuniti setempat menerusi pelaksanaan program ekopelancongan melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Ayer Panas.

KPPD Hulu Perak, Norhasmaliana Ismail ketika merasmikan tapak eco pelancongan SejaTi Madani Kampung Ayer Panas.

Menurut Pengerusi JPKKP Kampung Ayer Panas Sali Jemangin, inisiatif Kerajaan MADANI ini memberi impak positif kepada penduduk kampung dengan membuka lebih banyak peluang ekonomi serta secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan mereka.

“Saya yakin produk ekopelancongan ini dapat menarik lebih ramai pengunjung daripada dalam dan luar negeri kerana kedudukannya yang terletak di laluan menghala ke Betong, Thailand,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD) Hulu Perak Norhasmaliana Ismail, berkata selain bakal menjadi tarikan pelancongan baharu di daerah ini, kawasan ini juga diharapkan dapat terus merancak serta memartabatkan aktiviti sosioekonomi di peringkat komuniti.

Sali Semangin ketika ditemui di majlis perasmian pagi semalam.

“Kawasan ini mempunyai keindahan yang tersendiri dan potensi untuk terus dimajukan terutamanya pengunjung luar yang sukakan suasana damai alam semula jadi,” ujarnya ketika merasmikan Tapak Ekopelancongan SejaTi MADANI Kampung Ayer Panas, di sini pagi semalam.

Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu Norhisyam Karno.

-ZS-

Tinggalkan komen anda