Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

‘Yakin Boleh’ Pencetus Semangat Belia Kota Tinggi untuk Bangkit

By 16 Mei 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Al-Tarmizi Azmi/Ashikin Mustafa (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 16 Mei (MalaysiaAktif) – Tema ‘Yakin Boleh’ yang dipilih sempena Hari Belia Negara pada tahun ini boleh dijadikan pencetus semangat kepada belia di daerah ini untuk bangkit mencapai kecemerlangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama Norlizah Noh, berkata belia perlu menerapkan prinsip ‘Yakin Boleh’ dalam memberi sumbangan melalui komitmen, idea, tenaga dan masa bagi membangunkan potensi diri dan negara.

Norlizah Noh berucap ketika Majlis Perasmian Semarak Hari Belia Negara Daerah Kota Tinggi 2025.

“Saya yakin golongan muda masa kini, khususnya dalam konteks Bangsa Johor berupaya merealisasikan aspirasi yang digariskan dalam Dasar Maju Johor menjelang tahun 2030 seperti yang digagaskan oleh Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim

“Belia hari ini telah membuktikan bahawa mereka memiliki komitmen tinggi serta semangat juang yang sentiasa membara, menjadikan mereka aset penting dan pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan,” katanya.

Norlizah Noh, berkata demikian dalan ucapan perasmian mewakili Pegawai Daerah Kota Tinggi dalam Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kota Tinggi di Astaka Budaya, Laman Tun Sri Lanang, di sini semalam.

Salah seorang peserta program Aiman Hakim, 20, berkata program tersebut benar-benar memberi semangat dan inspirasi untuk terus aktif menyumbang kepada masyarakat.

Ketua-ketua jabatan agensi kerajaan dan golongan belia daerah Kota Tinggi yang hadir.

”Selain dapat berjumpa dengan rakan belia yang lain, saya juga dapat belajar banyak perkara baru melalui aktiviti yang disediakan,” katanya.

Program yang berlangsung dari 14 hingga 18 Mei ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dirangka khas untuk belia.

Antara pengisian utama termasuk Kota Tinggi berselawat, saringan kesihatan, Kota Tinggi Youth Idol, Kayak Challenge, Kota Tinggi Bike Show serta pameran pelbagai agensi kerajaan.

Turut hadir ADUN Sedili Makmor, Rashidah Ismail, ADUN Pasir Raja Fauziah Misri, ADUN Penawar Ruhisyam Ibrahim dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi Azanizuan Abu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda