Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Suarasa Dekati Masyarakat di Masjid Nurul Hidayah Julau

By 5 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Rahimah Ajis (Sarawak)

JULAU, 16 Mei (MalaysiaAktif) – Program Sentuhan Hati Luahan Rasa (Suarasa) anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Nurul Hidayah, di sini semalam.

Antara peserta yang hadir.

Program itu merupakan inisiatif Unit Khidmat Nasihat dan Rundingcara (Kaunseling) Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dalam usaha memperkasakan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perkhidmatan kaunseling Islam.

Suarasa adalah program berbentuk khidmat masyarakat yang mengetengahkan pendekatan turun padang dalam menyantuni masyarakat bertujuan untuk memperkenalkan khidmat kaunseling yang ditawarkan oleh JAIS kepada komuniti di samping memahami secara langsung permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat khususnya yang berkaitan dengan institusi kekeluargaan dan kehidupan harian.

Menurut Pegawai Agama Islam Bahagian Sarikei Ustaz Ahmad Amir, program tersebut turut memberi penekanan kepada pemerkasaan psikososial dan penghayatan Islam dalam menguruskan tekanan serta cabaran kehidupan.

“Salah satu asas penting dalam keharmonian rumah tangga ialah saling menghormati hak-hak dan harta milik pasangan.

Antara peserta yang hadir.

“Islam mengiktiraf hak isteri untuk mengurus hartanya sendiri dan suami pula hanya boleh menguruskan harta tersebut dengan keizinan isteri,” jelasnya semasa sesi ceramah motivasi kekeluargaan yang diadakan sempena program tersebut.

Program ini juga membuka ruang dialog terbuka antara kaunselor dan peserta membolehkan masyarakat meluahkan isi hati dan berkongsi cabaran yang dihadapi secara terus.

Kehadiran pegawai kaunseling yang mesra dan profesional turut memberikan keyakinan kepada peserta untuk mendapatkan nasihat serta bimbingan secara lebih terbuka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda