Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Hari Belia Negara 2025 Meriah di IKTBN Bukit Mertajam

By 17 Mei 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noornita Ahmad (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 17 Mei (MalaysiaAktif) – Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2025 peringkat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Dewan Perdana Institut Kemahiran Tinggi Belia Negera (IKTBN) Bukit Mertajam dimeriahkan dengan pelbagai pengisian program yang menyasarkan golongan belia, di sini kelmarin.

Penyelaras KADUN Penanti hadir merasmikan Hari Belia Negera Peringkat SPT.

Antara acara yang mencuri tumpuan termasuk aktiviti Jom Fit@Qaseh Hana, pertandingan e-sukan serta serta sesi kesedaran keselamatan digital bertajuk Ambil Tahu@Buli Siber, yang memberi tumpuan kepada ancaman buli dalam talian.

Program yang bertemakan semangat ‘Yakin Boleh’ ini turut diakhiri dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada peserta bertuah sebagai penghargaan atas penglibatan aktif mereka sepanjang program.

Turut hadir Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Penanti Mohamad Salehan Jahaya, Pengarah IKTBN Bukit Mertajam Ts. Junita Mohammed Ali, serta Pegawai Belia dan Sukan SPT Mazlina Maming.

Sesi perkongsian Ambil Tqhu@Buli Siber oleh Pegawai Penerangan Daerah SPT.

Perkongsian mengenai buli siber disampaikan oleh Pegawai Penerangan Daerah SPT Jamil Zainul, yang menekankan pentingnya pendedahan awal kepada isu ini dalam kalangan belia.

“Buli siber bukan sekadar gangguan di alam maya, tetapi boleh memberi kesan mendalam terhadap emosi dan psikologi seseorang.

”Ramai tidak menyedari bahawa ia boleh membawa kepada tekanan perasaan dan kehilangan keyakinan diri, sebab itulah para belia perlu dibekalkan dengan ilmu dan keberanian untuk bertindak secara bijak,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda