
Laporan/foto: Rose Ryqal/Suhkur Doni (Klang)
KLANG, 18 Mei (MalaysiaAktif) – Program Arkib Komuniti yang dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang telah diadakan di Perkarangan Galeri Warisan, Majlis Bandaraya Diraja Klang, Jalan Tengku Klana, di sini semalam.

Pelbagai golongan tanpa mengira agama dan bangsa hadir menonton wayang pacak.
“Arkib Negara perlu sentiasa turun padang bagi mendekati rakyat di samping mengumpul dokumen negara agar tidak hilang ditelan zaman,” katanya semasa merasmikan program.
Pelbagai aktiviti diadakan bermula dari pagi hingga ke malam seperti persembahan silat, pameran baju zaman Kesultanan Melayu Melaka dan banyak lagi.

Jualan penjaja dan kendera saji turut memeriahkan program.
Pada sesi malam, persembahan wayang pacak yang memaparkan kisah dokumentari sejarah daerah Klang telah diadakan di Padang Laman Seni Safari.
Menurut Pengarah Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Diraja Klang, Norhafizah Mahfuz wayang pacak ini sangat sesuai diadakan di sini bagi menarik perhatian masyarakat untuk hadir di samping memberi infomatif sejarah kepada golongan muda.
Program ini juga membantu penjaja tempatan seperti kendera saji untuk meningkatkan hasil pendapatan mereka.
-ZS-